SHAH ALAM, 7 JAN: Pembinaan longkang utama (monsoon drain) di Jalan Wawasan, Taman Wawasan, Puchong akan dimulakan dalam tempoh terdekat, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara.
SHAH ALAM, 4 JAN: Seorang lelaki maut dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kawasan tapak kuari di Jalan SP2, Bandar Saujana Putra di Kuala Langat hari ini.
KUALA LUMPUR, 3 JAN: Kerja-kerja penanaman cerucuk besi fasa dua di kawasan parit besar berhampiran lokasi tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9, Taman Wawasan, Puchong, di sini, telah siap 50 peratus.
SUBANG JAYA, 28 DIS: Fasa kedua pemasangan 400 cerucuk di kawasan tanah runtuh dekat Taman Wawasan, Puchong dimulakan melibatkan sepanjang jajaran kiri dan kanan longkang.
SHAH ALAM, 25 DIS: Fasa pertama kerja pemasangan cerucuk di kawasan tanah runtuh dekat Jalan Wawasan, Taman Wawasan, Puchong mencapai tahap 80 peratus siap setakat ini.
SUBANG JAYA, 22 DIS: Kerja pemasangan cerucuk di kawasan tanah runtuh di Jalan Wawasan, Taman Wawasan, Puchong mencapai tahap 40.26 peratus setakat semalam.
PUCHONG, 21 DIS: Laporan awal berhubung tanah runtuh di Jalan Wawasan di sini mendapati keretakan longkang monsun menjadi punca insiden yang menjejaskan sembilan rumah itu berlaku pada Sabtu lepas.
PUCHONG, 20 DIS: Kerja-kerja pemasangan cerucuk besi bagi mengawal pergerakan tanah di kawasan tanah runtuh di Jalan Wawasan, Taman Wawasan, di sini, dijangka siap dalam tempoh tiga ke empat hari lagi.
SUBANG JAYA, 20 DIS: Insiden tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 Taman Wawasan Puchong di sini pada Sabtu yang menjejaskan sembilan kediaman membimbangkan penduduk berhampiran.
SUBANG JAYA, 19 DIS: Laporan awal siasatan status keselamatan penghuni sembilan rumah teres di Taman Wawasan Puchong di sini yang terkesan susulan tanah runtuh akan diperoleh sebaik selesai kerja pemasangan cerucuk besi.
SHAH ALAM, 18 DIS: Kerja menanam cerucuk besi dan pembaikan cerun di kawasan tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14, Puchong diteruskan pagi ini, kata ketua polis daerah Serdang.
PUCHONG, 17 DIS: Pejabat Daerah dan Tanah Petaling akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh di 26 unit rumah teres sepanjang Jalan Wawasan di sini, susulan kejadian tanah runtuh petang semalam.
SHAH ALAM, 17 DIS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sedang giat melaksanakan kerja pemasangan besi cerucuk di kawasan terjejas tanah runtuh dekat perumahan Taman Wawasan, Puchong bagi mengelak pergerakan tanah.
PUCHONG, 17 DIS: Seramai 29 penghuni di sembilan buah rumah teres di Taman Wawasan Puchong, di sini diarah berpindah atas faktor keselamatan, susulan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka petang, semalam.
SHAH ALAM, 16 DIS: Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan Laman Puteri 3, Puchong bagi menempatkan mangsa yang terjejas susulan insiden tanah runtuh di Taman Wawasan 3.
KUALA LUMPUR, 16 DIS: Tujuh rumah teres di Jalan Wawasan di Puchong, Selangor terpaksa dikosongkan selepas berlaku tanah runtuh di hadapan sebuah daripada rumah berkenaan, malam ini.
Oleh NAS NORZIELA NASBAH SHAH ALAM, 28 NOV: Kerja baik pulih cerun dan tembok penahanan di Jalan 19, Taman Bukit Mewah, Kajang yang dilaksana secara teliti sejak sebulan lalu dijangka siap sepenuhnya empat bulan lagi. Wakil rakyatnya Cheong Kian Young yang sentiasa memantau perkembangan...
SHAH ALAM, 27 NOV: Pemaju perumahan di Jalan Bunga Raya 3, Taman Ehsan Ibu, Sungai Choh, Rawang diarah menyegerakan kerja penstabilan cerun bagi mengelak runtuhan tanah berulang.
KUALA LUMPUR, 26 NOV: Polis menafikan berlaku tanah runtuh di pintu masuk ke Terowong Genting Sempah sepertimana dipaparkan dalam sebuah video yang tular.
GUA MUSANG, 26 NOV: Lebih 20 keluarga Orang Asli suku kaum Temiar membabitkan penduduk empat kampung di Pos Hendrop di sini terputus hubungan akibat tanah runtuh di laluan utama ke perkampungan mereka.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.